Kamis, 25 Agustus 2011

Follow Up Komen Blogger

Apabila anda menghantar komen di sesebuah entri blogger lain yang mempunyai sistem komen asal (default), bagaimana cara anda follow-up komen tersebut samada dibalas atau tidak.?







Ada 2 cara untuk mengetahui samada ianya sudah dibalas atau tidak.



1. Buka entri tersebut beberapa kali/berapa hari kemudian untuk ketahui samada komen anda dibalas atau tidak.



2. Satu notification akan dihantar ke email anda mengatakan komen anda sudah dibalas



Semestinya cara kedua lebih mudah dan senang bukan.?.:)



Kali ini tutorial tidak melibatkan sebarang perubahan pada kod blog anda, cuma admin hendak tunjuk apa yang perlu anda klik untuk membolehkan anda follow up komen di blog blogger lain. Ini kerana admin perasan ini agak kurang disedari oleh blogger² dan tertanya² bagaimana hendak adakan sistem untuk follow up komen di blogspot sedangkan ianya sudah tersedia.:)



Mudah sahaja, apabila anda tengok pada bahagian komen sesebuah entri, paparan adalah seperti berikut.



Bagi komen yang embedded di bawah entri, anda klik pada 'subscribe by email'





Atau



Kalau komen yang dibuka pada page lain, pastikan anda tick pada 'Email follow-up comments to'





Itu sahaja. Senang dan mudah bukan.?:)



Ini contoh notification apabila admin subscribe comment di blog http://garpukuning.blogspot.com/







Jadi lepas ini senang, anda komen sahaja di mana² blog, dan subscribe untuk memudahkan anda.:)



p/s: Sebelum ini admin juga ada buat tutorial bagaimana hendak tahu jika pengunjung blog komen entri blog anda.



Minggu, 21 Agustus 2011

Tips SEO : Blog Title dan Description

Dalam entri lepas, admin ada bagitahu tentang kepentingan mempunyai url blog yang bersesuaian dengan tujuan berblogging, Tips SEO : Url blog / Niche blog. Dan mungkin seperti yang diketahui, mungkin ada yang ramai 'sayang' untuk tukar alamat blog yang asal.







Oleh itu, untuk kali ni admin akan tekankan faktor seterusnya yang penting untuk menarik trafik ke blog kita daripada search engine. Title blog dan description adalah yang seterusnya. Ini juga boleh dikatakan sebagai identiti sesebuah blog. Seperti blog ini admin menggunakan identiti Tutorial untuk blog dan tips blogspot.





Kenapa title dan description penting.



Ok admin buat contoh yang mudah, kalau anda suka satu lagu, apa yang biasanya anda pikir untuk merujuk kepada lagu tersebut. Tajuk lagu, artis, dan album serta mungkin tahun lagu keluar. So ini boleh admin katakan sebagai title dan description. Begitu juga blog, title dan description penting sebagai pengenalan awal, selepas itu baru masuk bab lirik (entri) dan lain-lain.

(macam tak best je contoh admin bagi ni.:)



Bagaimana hendak letak/ubah title dan description



Untuk pengguna blogger, tidak sukar untuk menukar title blog dan description.



Dari dashbord > settings > basic

Dan anda akan lihat bahagian title dan description. Anda boleh letak title dan description mengikut apa yang anda kehendaki yang bersesuaian dengan blog anda.

Contoh title dan description blog ini adalah seperti di bawah.









Bagaimana untuk letakkan title dan description.?



1. Untuk title, tidak perlu begitu banyak perkataan, cukuplah antara 3 hingga 5 patah perkataan. Jika terlalu banyak, sebenarnya agak menggangu apabila diindex di search engine. Ini kerana apabila diindex oleh search engine, title blog ini akan ditunjuk bersama title entri dalam result di search engine. Dan title blog juga akan dipaparkan di browser.







2. Untuk description boleh buat ayat sehingga 500 patah perkataan. Kebiasaannya untuk description ini akan ditunjukkan di bawah title blog.

description blog boleh dibuat dalam ayat yang menerangkan apa kandungan blog anda dan juga kenapa blog itu diwujudkan.



------------------



Penggunaan title dan description blog yang betul secara tidak langsung membuka mata search engine kepada blog anda. Admin tahu mungkin masih ada yang was-was hendak tukar title blog, mungkin sebab title blog sekarang sudah 'cantik', lagi² yang berblogging sekadar suka².:)



Bagi yang blogging memang ada tujuan yang khusus, baik anda tukar title dan description anda. Besar juga kesannya kepada SEO blog anda.:)Dan juga untuk title dan description ini, masih ada beberapa 'penambahbaikan' yang boleh dilakukan kepada keduanya. Admin akan ceritakan dalam entri seterusnya.



Happy blogging.:)



Minggu, 14 Agustus 2011

Tips SEO : Url blog / Niche blog

Apabila hendak daftar buat blog pada kali pertama, apa yang anda pikirkan.? Semestinya anda akan pikir apakah alamat blog yang anda rasa berkenan. Mungkin pada awal berblogging url blog dirasakan tidak penting, tetapi setelah lama sedikit dalam arena blogging ini, barulah diketahui pentingnya untuk mempunyai alamat blog yang bagus.







Ini kerana, alamat blog atau senang dinamakan url blog adalah salah satu faktor utama dan paling penting untuk SEO. Sebelum ini admin juga ada buat satu entri di blog unwanted untuk tips pemilihan url blog, dan anda boleh tengok point no 5 iaitu pemilihan url blog yang berkaitan.



Apabila memilih url blog yang betul, secara tidak langsung anda telah menggunakan teknik SEO samada anda sedar atau tidak pada permulaannya. Anda juga boleh tengok url blog tutorial ini, iaitu tutorialuntukblog. Walaupun sebelum ini admin juga ada buat tutorial di blog unwanted, kemudian admin sambung di blog ini. Tajuk yang admin pilih untuk blog ini memang untuk menjadikan lebih mesra SEO.







Niche blog boleh dikatakan sama sahaja dengan alamat blog dan url blog, tetapi perkataan niche ini biasanya digunakan untuk blogger yang menggunakan domain dan hosting sendiri.



Contoh?



Anda hendak buat blog berkaitan komputer, dan hendak mendapatkan trafik ke blog tersebut dengan menggunakan url yang sesuai,

so url yang mungkin bagus untuk SEO anda ialah; tipskomputer, tips-komputer, belajarkomputer, ilmukomputer. Jika url sebegini digunakan, kemungkinan untuk diindex di engin pencarian adalah lebih tinggi.







Bagaimana jika url sekarang tidak seperti yang dikehendaki.?



Tidak perlu bimbang dan tergesa-gesa. Kalau blog anda sekarang bukan url yang bagus, ada boleh tukarkan alamat blog, tetapi admin rasa tidak ramai yang sanggup lagi² jika url blog itu memang sudah ada maksud yang tersendiri. Admin juga sayang url unwanted86 apa dan admin tidak tukar pun.:)



Jangan bimbang kerana tidak semestinya faktor url blog sahaja untuk SEO ini, ada lagi faktor² lain yang berkaitan. Cuma kalau url 'kena' menguatkan lagi SEO anda. Tetapi jika url anda tidak begitu cantik, boleh guna lagi teknik² SEO yang lain. Jika url anda cantik, anda ada satu kelebihan.:)



Minggu, 07 Agustus 2011

Apa Itu SEO

Bergelar seorang blogger, antara perkataan yang akan jumpai dalam dunia blogging ini adalah SEO. Boleh dikatakan SEO ini memang agak glamour terutamanya di kalangan blogger yang sudah agak lama bertapak di dunia blogging.



Bagi blogger baru, mungkin masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya SEO ini. Apakah kesan yang dibawa kepada seseorang blogger. Kenapa sesetengah orang terkejar-kejarkan SEO, kenapa sesetengah orang tidak kisah berkaitan SEO. Kali ni admin akan terangkan secara ringkas pengenalan kepada SEO, semestinya kepada blogger baru di arena blogging ini.:)

Apa itu SEO.

- SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Kalau bahasa mudahnya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya blog anda tersenarai di search engine seperti google, yahoo, bing dan lain².


Apa tujuan SEO.

-Tujuan utama SEO bagi seorang blogger yang menggunakan teknik SEO adalah untuk mendapatkan trafik dari search engine. Kemudian baru berkaitan dengan pagerank, eaning dan sebagainya. Tetapi tujuan utama adalah trafik dari search engine.


Perlu ke SEO pada blogging.

- Pada blogger yang pentingkan trafik untuk ke blog mereka, YA.
Dan paling kurang tahu basic² utama dalam SEO ini.
- Bagi blogger yang berblogging sekadar diari, mengisi masa lapang, atau berblogging sekadar ada blog, SEO tidak begitu penting.


Banyak ke teknik SEO ini.

-Ya, ada banyak teknik SEO.
Admin akan terangkan dalam post-post lain selepas ini.


Kalau buat SEO ni konfirm berjaya ke.?

- Admin tidak boleh kata konfirm. Tetapi bagi sesiapa yang menggunakan dan mencubanya boleh dikatakan akan menampakkan hasilnya.



Contoh hasil SEO.?

Ini admin ambil dari blog admin satu lagi, unwanted86.blogspot.com. Berkaitan bulan ramadhan, so target SEO admin berkaitan ramadan. Gambar di bawah contoh trafik hasil SEO.

Apa Itu SEO



Ada beza ke SEO dan SERP.

Yup berbeza.
SEO - Search Engine Optimizationn - Lebih kepada teknik
SERP - Search Engine Results Page - Kedudukan dalam search engine. (kurang glamour:)



Perkaitan keduanya.?

Power SEO, akan power SERP.
Boleh kata SEO adalah usaha, SERP adalah hasil.:)


So, apa tekniknya.?

- nanti admin akan bagitahu dalam next entri. Ini kan baru pengenalan.:)